Amrul Jamaludin

13 Tahun Pengalaman, Penyelesai Tuntas Masalah Hartanah Anda!

Pengenalan

Siapa Saya >

Hai,

Saya Amrul Jamaludin atau dipanggil sebagai Abam Arm di media social. Saya adalah Perunding Hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta. Saya kini bernaung di bawah agensi hartanah berdaftar iaitu Chester Properties Sdn. Bhd.

Selama lebih 13 tahun saya menjadi Perunding Hartanah, saya telah membantu menyelesaikan masalah lebih 600 pemilik hartanah dalam menjualkan hartanah mereka.

Ada pemilik hartanah yang mengalami masalah perceraian, rumah hampir dilelong, bakal dilelong kembali, masalah penama dalam geran yang telah meninggal dunia, masalah modal dalam perniagaan, dijatuhi bankrap atau digulungkan dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah semua masalah mereka selesai setelah saya bantu menjualkan hartanah mereka dengan jayanya.

Sedikit latar belakang saya. Saya berasal dari Pulau Pinang. Mempunyai ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Setelah graduasi, saya menjalani Latihan Dalam Kamar (Chambering) & seterusnya bekerja di firma guaman selama beberapa tahun.

Alhamdulillah, dengan kelebihan ilmu & pengalaman serta minat yang mendalam di dalam hartanah & kerjaya ini, menyebabkan saya terus fokus & komited tanpa jemu membantu para pemilik hartanah & pembeli selama lebih 13 tahun.

Saya adalah penyelesaian tuntas urusan hartanah anda!

Servis

Perkhidmatan Saya

01.

Jual Hartanah

Dengan kemahiran dan jaringan saya ada, pelbagai masalah telah berjaya diselesaikan. Lebih 600 pemilik hartanah telah saya bantu selama 13 tahun menjadi REN.

Soalan saya, adakah anda ingin jual hartanah dengan pantas dan jayanya?

Klik butang di bawah!

02.

Beli Hartanah

Membuat pembelian hartanah barangkali bukan suatu perkara yang mudah untuk semua orang. Saya boleh bantu anda mendapatkan hartanah impian. Setiap kemahuan ada step-by-step nya. Saya boleh bantu.

Mahukah anda bekerjasama menggapai hasrat anda untuk memiliki hartanah?

03.

Konsultansi

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau isu lain yang berkaitan dengan hartanah, sedialah hubungi saya untuk mendapatkan nasihat yang profesional.

Why Choose Me

7 Sebab Kenapa memilih Saya

Kajian pesaing

Bukan anda sahaja menjual hartanah anda. Ramai lagi yang berbuat demikian. Saya membantu mengkaji pasaran dan pesaing supaya anda dapat menjual hartanah anda dengan segera.

Fotografi hartanah

Salah satu punca hartanah terjual dengan cepat adalah gambar yang profesional dan cantik. Saya akan mengambil gambar hartanah anda secara profesional untuk di iklankan.

Teknik pemasaran yang meluas & berkesan

Hartanah anda akan di iklankan secara meluas dan menyeluruh di seluruh portal hartanah dan di pasarkan secara intensif oleh saya dan team saya.

Pasukan ejen hartanah yang komited

Anda bukan hanya dibantu oleh saya tetapi keseluruhan pasukan ejen hartanah yang komited yang lebih dari 100 orang ejen hartanah.

Jaringan penilai, peguam & pegawai bank yang luas

Dengan pengalaman dan hubungan yang mantap, saya mempunyai jaringan penilai, peguam dan pegawai bank bagi membantu melicinkan proses penjualan/pembelian hartanah.

Rekod prestasi ('track record') yang memberangsangkan

Dengan lebih 600 pemilik hartanah yang telah di bantu dengan jayanya, semestinya saya mempunyai pengalaman luas dan rekod prestasi yang amat memberangsangkan. Pastinya anda memilih ejen hartanah yang tepat!

Urusan jualbeli yang komprehensif (A to Z)

Khidmat jual beli yang kami tawarkan adalah komprehensif dan lengkap dari A to Z. Bermula dengan lantikan, saya menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi supaya rumah anda terjual segera, memasarkan hartanah anda di portal hartanah secara meluas, menguruskan proses negosiasi supaya anda mendapat nilai terbaik, membantu urusan permohonan pinjaman serta khidmat guaman, hinggalah rumah anda selesai terjual. Bagi saya, anda datang sebagai pelanggan dan tamat urusan kekal sebagai kawan.

Testimoni

Apa Kata Klien?

“Amrul had been really accommodative on our request on the property we are looking for in the Ukay area. He is definitely the expert for the Ukay area, his opinion and advice towards the area is really honest.

We finalized our purchase during the midst of MCO and a lot of restriction being imposed on travel. However he managed t accommodate all our request and coordinate with the seller and lawyer to get the deal go through

He also willing to provide advise even the sales go through on small petty things as well.

Overall great and excellent service! ” – Jerry

“Amrul has been a very dedicated and efficient real estate agent for my property transactions.” – Victor B.

“Terima kasih Encik Amrul. Dari  awal perkhidmatan yang diberi sehingga terjualnya rumah saya dengan pertolongan en Amrul. Walaupun pelbagai kerenah dari saya, en Amrul tabah mencari buyer. 

 Encik Amrul banyak membantu saya semasa saya tidak faham atau lupa process penjualan rumah. Tak pernah tak jawab call. Even dia busy, dia still akan inform yang dia akan explain process itu semula.

Memang tip top betul en Amrul nye follow up. Bukan nak puji lebih2, tapi memang kenyataan dan saya memang akan rekemen en Amrul kepada kawan-kawan.” – Fizwan

“Service dan konsultansi tuan memang terbaik. Thumbs up! Pantas, Berpengetahuan Tinggi dan Cekap. Saya rekemen tuan kepada kawan-kawan” – Kamal

Bersedia Memberikan servis terbaik kepada anda!

Senarai Hartanah Aktif di sini

Klik butang untuk lihat:

Borang Pertanyaan

Borang Pertanyaan